BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 16, 2009

Berkhemah Di Jeram Libu

Sejak bulan lepas Khaled telah membuat rancangan bersama kawan-kawannya. Mereka hendak pergi berkhemah di Jeram Libu sempena musim cuti sekolah. Mereka bercadang hendak berkhemah selama seminggu di situ. Khaled diberi tugas menguruskan berkenaan permit berkhemah dan juga untuk memberitahu pihak polis akan tujuan dan tempoh mereka di sana.
“Led, minggu depan perkhemahan kita. Engkau jangan lupa laporkan tentang pemergian kita kepada pihak polis. Dapatkan juga permit berkhemah dari pihak berwajib di sana. Nanti kalau apa-apa berlaku, mudah bagi mereka mengesan kita.” Tegas Aiman selaku ketua kumpulan. Sememangnya perlu bagi sesiapa yang hendak melakukan aktiviti sebegitu untuk memohon permit dan memberitahu pihak polis terlebih dahulu sebelum meneruskan rancangan mereka. Namun kebanyakan yang berlaku kini seolah tidak mementingkan keselamatan diri sendiri. Mereka yang hendak berkhemah atau mendaki gunung, tidak memohon permit atau melaporkan kepada pihak polis. Kemudian apabila berlaku sesuatu terhadap mereka, pihak polis juga yang akan dihubungi untuk membantu mereka.
“Ah! Aku minta maaf Man. Aku terlupa nak beritahu engkau. Kelmarin aku dah pergi mendapatkan kebenaran berkhemah. Laporan polis......

Akan berada di pasaran....

1 comments:

N A R said...

Sejak bulan lepas Khaled telah membuat rancangan bersama kawan-kawannya. Mereka hendak pergi berkhemah di Jeram Libu sempena musim cuti sekolah. Mereka bercadang hendak berkhemah selama seminggu di situ. Khaled diberi tugas menguruskan berkenaan permit berkhemah dan juga untuk memberitahu pihak polis akan tujuan dan tempoh mereka di sana.

lepas tu ulang lagi kat :

Led, minggu depan perkhemahan kita. Engkau jangan lupa laporkan tentang pemergian kita kepada pihak polis. Dapatkan juga permit berkhemah dari pihak berwajib di sana. Nanti kalau apa-apa berlaku, mudah bagi mereka mengesan kita.” Tegas Aiman selaku ketua kumpulan. Sememangnya perlu bagi sesiapa yang hendak melakukan aktiviti sebegitu untuk memohon permit dan memberitahu pihak polis terlebih dahulu sebelum meneruskan rancangan mereka. Namun kebanyakan yang berlaku kini seolah tidak mementingkan keselamatan diri sendiri. Mereka yang hendak berkhemah atau mendaki gunung, tidak memohon permit atau melaporkan kepada pihak polis. Kemudian apabila berlaku sesuatu terhadap mereka, pihak polis juga yang akan dihubungi untuk membantu mereka...

cam ayat bahasa malaysia yg flat.. terlalu straight to the point dan tak menarik minat org utk baca lebih lanjut.....

dan cam ulang2 dan bagi kawe tak interesting...

kawe rasa ada baiknya buat ayat yg agak mempunyai lenggok yg tak terlalu lurus, dan tak terus menyatakan apa tujuan2 yg tertentu secara detail sampai 2 kali pada permulaan perenggan tu. kalau org baca pon tak thrill.. minda tak payah nak berterbangan nak teka kenapa dan kenapa, sebab semuanya dah cakap dah... tak saspen....

Mungkin yg saspen tu berada dalam isi yg berkenaan apa yg berlaku, tapi penyedap isi tu, cam sebab2 kenapa berlaku tu pon rasanya kalau tak detail, soh pembaca jer akan tercari2 sendiri baru best... tu bagi kawe laa...