BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 13, 2009

Jangan ambil adik punya!

Sudah lebih seminggu Amin berjanji dengan kawan baiknya Raju hendak ke parit dalam ladang kelapa sawit. Kata orang terdapat banyak jenis anak ikan di dalam parit tersebut. Amin memang suka membela ikan. Amin bercadang hendak menangkap seberapa banyak jenis anak ikan yang ada untuk diletakkan di dalam akuarium di rumah Amin. Ibu dan ayah Amin sudah memberi keizinan kepada Amin. Pagi tadi sewaktu Amin berjumpa Raju di kedai, Raju telah membatalkan rancangannya untuk mengikut Amin.
“Amin, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak dapat mengikut awak ke parit di ladang kelapa sawit tu. Nenek saya meninggal dunia malam tadi. Kami sekeluarga hendak balik ke kampung menghadiri majlis pengkebumian nenek saya tu.” Kata Raju sewaktu Amin berjumpanya di kedai pagi tadi. Amin faham situasi yang dihadapi oleh Raju. Biasanya jika tiada hal kecemasan yang berlaku, Raju tak pernah memungkiri janjinya dengan Amin.Selepas minum petang, Amin mula menyediakan kelengkapan untuk menangkap anak ikan. Semua keperluan tersebut dimasukkan ke dalam beg galasnya. Selepas memberitahu ibunya, lebih kurang jam lima petang, Amin pun memulakan perjalanannya. Ladang kelapa sawit itu terletak tidak jauh dari kawasan kampung tetapi Amin tidak pernah pergi ke sana. “Mujurlah hari ini tidak hujan. Kalau tidak tentu jalan ke sana menjadi becak.” Bisik Amin di dalam hatinya. Walaupun Amin tidak pernah ke sana tapi Amin tahu juga serba sedikit struktur tanah di dalam ladang kelapa sawit.

Bakal berada di pasaran.... insyaallah

1 comments:

N A R said...

kawe rasa gaya penulisan anda ni hanya baik untuk novel kanak-kanak dan novel untuk pembacaan ringan.... novel cinta remaja ok laa kot...

kalau nak thriller rasanya belom cukup element unutk jadikan thrill, bukan sahaja isi tapi gaya penulisan sesuatu thriller juga memainkan peranan untuk menjayakan atau memboringkan sesuatu novel itu...

teruskan usaha anda.... rajin-rajin lah belek novel karya penulis-penulis yg ternama untuk kaji bentuk penulisan, lenggok gaya bahasa dan penerapan fakta2 dalam novel...

Sekian terima kasih...