BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 13, 2009

Bidan Melah

Sudah lebih lima tahun Tahir, anak Bidan Melah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya, Salbiah. Salbiah adalah anak bongsu Haji Kudus, pesara polis yang menetap di hujung kampung. Semenjak berkahwin, mereka tinggal bersama Haji Kudus. Bidan Melah tiada halangan apabila Tahir menyuarakan hasratnya untuk tinggal bersama Haji Kudus setelah anaknya itu berkahwin.
Setelah bersara dari polis pada awal tahun tujuh puluhan, Haji Kudus berpindah balik ke kampung asalnya itu. Di kampung, Haji Kudus membela beberapa ekor ayam untuk mengisi masa lapang selain daripada untuk dijadikan hidangan apabila tiba hari perayaan. Besannya Bidan Melah pula sudah berpuluh tahun menjadi bidan di kampung itu, mengambil alih tugas tersebut daripada arwah ibunya. Walaupun pihak kerajaan telah mendirikan sebuah klinik desa di kampung tersebut serta menyediakan seorang jururawat terlatih di sana, namun kebanyakan penduduk kampung masih lagi gemar mendapatkan khidmat Bidan Melah
Bidan Melah mewarisi kepandaian ilmu berbidan daripada arwah ibunya, Bidan Gayah yang sangat terkenal di kalangan penduduk kampung semasa hayatnya. Jika ada penduduk kampung yang memerlukan khidmatnya, walau di waktu tengah malam atau subuh sekalipun, Bidan Gayah tidak pernah menolak. Begitulah juga dengan Bidan Melah, walaupun dipanggil......

Bakal muncul.....

1 comments:

N A R said...

sama jugak.... banyak ulangan.... yg sepatutnya semua fakta tu diserakkan dalam semua bahagian novel untuk lagi membuatkan org tertanya-tanya dan lagi thrill bila nak cari sesuatu fakta tentang citer... tak straight to the point....

kalau bleh refer pada penulisan dan brown sure mencabar minda dan thrill.. nak relate pada sesuatu cerita pada pangkal novel tu, kena baca semua buku tu baru buleh faham... membawa minat kepada pembaca untuk membaca keseluruhan novel dalam sekali hadap jer.. sayang dan rugi bila dah mula baca...